Monday 18 March 2013

Hikmah disebalik Ujian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. 

"Hanya kepada-Mu aku memohon segala sesuatu.."

Setiap manusia yang Allah ciptakan takkan pernah terlepas dari ujian, musibah dan masalah. Betul tak? Tipulah sekiranya ada dikalangan makhluk Allah yang mengaku bahawa dia tidak pernah ditimpa ujian. 

Ujian akan datang dan pergi..  Ujian itu kadang-kadang bersaiz kecil, kadang-kadang sederhana, dan kadang-kadang jugak ad yang bersaiz besar.. Ia bergantung pada tahap kekentalan hati dan kemampuan seseorang. Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 286:

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...

Secara realitinya, apabila kita disajikan dengan ujian kehidupan di dunia ini, masih ramai diantara kita yang melenting.. cepat berputus asa.. marah.. kecewa. Pada ketika ini, akan terserlah sifat-sifat mazmumah dalam diri seperti pemarah, sombong, hasad dengki, dendam dan sebagainya. Oleh itu, kita hendaklah mengawal perasaaan dan haruslah menerima ujian ini secara positif dan dengan hati terbukan kerana PERCAYALAH, SETIAP UJIAN PASTI ADA HIKMAHNYA!

Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat sekuliah dan sekelas saya tatkala saya diuji dengan satu ujian yang hampir memutuskan semangat. Dan ingin saya di sini agar kita sama-sama berfikir dan mengambil iktibar. 

Kata sahabat saya:

{ UJIAN" diibaratkan seperti "MALAM".. Bila jarum jam berputar dari 9 ke 10, 10 ke 11, 11 ke 12..., "malam" akan menjadi semakin gelap, kelam, pekat.. Pada waktu itu, sukar untuk kita menemui insan yang sanggup bersama dalam kepekatan malam.. Bila jarum jam melepasi 1 pagi, "malam" itu akan menjadi semakin cerah, cerah, cerah dan cerah sehingga kita dapat melihat jalan keluarnya... DAN bila subuh menjelma, akan keluar SINARAN yang amat menenangkan dan menggembirakan sesiapa jua yang melihatnya.. KETAHUILAH, sinaran itu adalah KEJAYAAN... }

Kita boleh lihat perkaitan antara "ujian" dan jugak dengan "kejadian alam" yakni malam. Di situ, kita boleh membuat satu gambaran yang jelas. Subuh adalah sebagai tanda kesenangan dah dekat depan kita.. tapi kita tak tahu kesusahan yang kita alami sekarang berada di tahap mana, boleh jadi baru pukul 9 malam, boleh jadi dah berada pada waktu subuh.

Jadi, jangan pernah berputus asa apabila ujian menyinggah sebentar dalam kehidupan kita. Anggaplah ia sebagai  satu dorongan dalam hidup. Dan teruskanlah berdoa semoga di thabatkan hati kita pada agama Allah yakni Islam.

p/s: Carilah hikmah disebalik ujian seperti kita mencari kelibat payung tatkala hujan.

Beruntunglah sesiapa yang mendapat ujian dari-Nya, kerana ini adalah tanda Allah menyayangi kita..  









0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates