Monday 18 March 2013

Hikmah disebalik Ujian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. 

"Hanya kepada-Mu aku memohon segala sesuatu.."

Setiap manusia yang Allah ciptakan takkan pernah terlepas dari ujian, musibah dan masalah. Betul tak? Tipulah sekiranya ada dikalangan makhluk Allah yang mengaku bahawa dia tidak pernah ditimpa ujian. 

Ujian akan datang dan pergi..  Ujian itu kadang-kadang bersaiz kecil, kadang-kadang sederhana, dan kadang-kadang jugak ad yang bersaiz besar.. Ia bergantung pada tahap kekentalan hati dan kemampuan seseorang. Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 286:

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...

Secara realitinya, apabila kita disajikan dengan ujian kehidupan di dunia ini, masih ramai diantara kita yang melenting.. cepat berputus asa.. marah.. kecewa. Pada ketika ini, akan terserlah sifat-sifat mazmumah dalam diri seperti pemarah, sombong, hasad dengki, dendam dan sebagainya. Oleh itu, kita hendaklah mengawal perasaaan dan haruslah menerima ujian ini secara positif dan dengan hati terbukan kerana PERCAYALAH, SETIAP UJIAN PASTI ADA HIKMAHNYA!

Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat sekuliah dan sekelas saya tatkala saya diuji dengan satu ujian yang hampir memutuskan semangat. Dan ingin saya di sini agar kita sama-sama berfikir dan mengambil iktibar. 

Kata sahabat saya:

{ UJIAN" diibaratkan seperti "MALAM".. Bila jarum jam berputar dari 9 ke 10, 10 ke 11, 11 ke 12..., "malam" akan menjadi semakin gelap, kelam, pekat.. Pada waktu itu, sukar untuk kita menemui insan yang sanggup bersama dalam kepekatan malam.. Bila jarum jam melepasi 1 pagi, "malam" itu akan menjadi semakin cerah, cerah, cerah dan cerah sehingga kita dapat melihat jalan keluarnya... DAN bila subuh menjelma, akan keluar SINARAN yang amat menenangkan dan menggembirakan sesiapa jua yang melihatnya.. KETAHUILAH, sinaran itu adalah KEJAYAAN... }

Kita boleh lihat perkaitan antara "ujian" dan jugak dengan "kejadian alam" yakni malam. Di situ, kita boleh membuat satu gambaran yang jelas. Subuh adalah sebagai tanda kesenangan dah dekat depan kita.. tapi kita tak tahu kesusahan yang kita alami sekarang berada di tahap mana, boleh jadi baru pukul 9 malam, boleh jadi dah berada pada waktu subuh.

Jadi, jangan pernah berputus asa apabila ujian menyinggah sebentar dalam kehidupan kita. Anggaplah ia sebagai  satu dorongan dalam hidup. Dan teruskanlah berdoa semoga di thabatkan hati kita pada agama Allah yakni Islam.

p/s: Carilah hikmah disebalik ujian seperti kita mencari kelibat payung tatkala hujan.

Beruntunglah sesiapa yang mendapat ujian dari-Nya, kerana ini adalah tanda Allah menyayangi kita..  









Saturday 2 March 2013

LIHATLAH KEHEBATAN IMAN SEEKOR SEMUT


Assalamualaikum... sekadar pekongsian bersama.. ~


Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...

Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....



Kita tahu bahawa kita tidak akan wujud tanpa kehendakNya, tidak akan hidup melainkan dengan nyawa yang diberikan olehNya, tidak akan mendapat rezki (makan, minum dan sebagainya) sekiranya Dia tidak sediakan DAN kita tidak akan mendapat kebaikan kecuali dengan kehendakNya.

Oleh itu, kita WAJIB percaya bahawa Allah adalah tempat bergantung segala sesuatu dan Allah tidak akan bergantung atau berkehendak kepada sesiapa pun...

 

Thursday 7 February 2013

Aiskrim ooo Aiskrim


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum.. 

Korang suka makan aiskrim x..? Jom buat.. yang ni homemade punye aiskrim..

senang je.. ~

BAHAN-BAHAN:

3/4 tin susu pekat manis 
(kalau xsuka manis sgt, kurangkan sikit susu ni.. aku letak 1/2 lebih2 sikit je..)

2 kotak susu DUTCH LADY -susu segar kotak yg budak2 minum  
(ikut selera nk perisa ape.. coklat ke..strawbery ke..)

2 sdb ovellet 
(kat pasaraya berlambak..)

CARA-CARA:

~ campurkan semua
~ mixer sampai betul2 kembang
~ guna HIGH SPEED
~ masukkan dlm bekas
~ simpan dl peti ais beku semalaman
~ dah boleh -hidangkan

Haa..senang kan..? 

Cuba la buat.. nanti xyah nak bazirkan duit beli eskem yg dah siap kat kedai tu..

heee.. ilalliQa'..~


Belum siap lagi... mix jangan tak mix..      



Dah siap dah.. yummy~














Saturday 2 February 2013

Anak amanah dari-Nya

Assalamualaikum..

Walaupun agak lambat update, tapi xpa la noh.. heh..heh..heh..

Pada tanggal 29 Januari 2013, antara azan & iqamat subuh di Hospital Fatimah Az-Zahra Kaherah, sahabat seperjuanganku dari kecil sehingga saat ini selamat melahirkan puteri sulungnya..

Alhamdulillah.. puteri seberat 2.5kg dalam keadaan sihat walaufiat.. Aku pasti, gumbiranya sahabatku Nur Hidayah Mohd Rafe & suaminya Mohd Bazli Zakaria menimang cahayamata pertamanya..

Dengan lahirnya anakmu ini, akan bertambahlah mujahidah yang akan membawa panji-panji kebenaran Islam.. InsyaAllah..

"Anak yang dikurniakan ialah amanah yang besar kepada setiap ibubapa untuk dididik agar menjadi insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Allah telah disediakan balasan yang setimpal kepada ibubapa yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyah anak mereka menjadi khalifah terbaik di muka bumi ini..."

Doaku dari jauh, semoga kalian sentiasa tabah mengharungi liku-liku kehidupan..

*tak sabarnye nak ikut jejak langkah kalian.. hehe.. xD

Geram nk cubit2 pipi si comel ni..

Thursday 31 January 2013

Mangga & Kuah Rojak Kacang MakBee

Assalamualaikum..

Haa.. lani ceQ nak ceghita sikit kat hangpa smua pasai Mak Bee punya kuah rojak ni.. nak ceghita macam mana ceQ boleh jatuh hati ngan kuah rojak ni..

Kelmarin, ceQ p pasaQ Jelawat ngan mak menakan hat paling ceQ sayang tu.. Duk ghalik beli tu, beli ni.. last2 penuh barang2 kat tangan nih. Jenuih jugak nak bawak p kat kereta hat duk jaoh tu.. beghat.. nasib baek haghi x hujan.. panaih ja..

Lepaih beli sayuQ2, ingat teruih nak balik ghumah.. Duk jalan2 nak lintas jalan, ada la soghang abang ni duk juai buah kat tepi jalan tu.. time nak lintas tu, mata ni asyik duk tengok mangga lemak ja.. hampir meleleh ayaQ liuQ ni taw.. Last2 bila diri dah x boleh nak tahan, ceQ p beli 1 kilo.. ada dalam 8 biji gitu..

Balik ghumah, tekejut mak tengok ceQ beli mangga lemak banyak2.. padahai oghang kat umah x ramai pon.. 3 oghang ja kot.. (ceQ, mak ngan abah)..

Time petang, ceQ tak dak wat reja apa pon.. duk mengadap tv ja 25 jam.. hah, amekaw! 25jam tuu.. Perut pulak duk mintak diisikan.. ceQ masuk dapuQ, ceQ tengok mangga kat ataih meja tu, teruih ceQ basuh dan potong.. pastu ceQ pikiaQ, nak makan mangga ni ngan apa..? xkan makan kosong gitu ja kot.. secara xsengaja ceQ bukak peti sejuk dan terpandang satu benda nih.. jeng..jeng..jeng.. KUAH ROJAK KACANG MAK BEE!!

Mai ceQ nak habaQ kat hangpa smua yg ceQ x pernah makan kuah rojak ni.. seriously xpenah! Ni 1st time makan.. dan.. ceQ teruih jatuh hati..<3<3<3.. 3biji mangga sekali gus ceQ makan.. hahaha.. puas hati kowt!!

Haghi ni, ceQ makan lagi kuah rojak ni.. hoho.. xjemu.. habis smua mangga ceQ makan.. kali ni makan skali ngan ma n abah la.. Kuah rojak pun habis.. 2kali makan ja.. hahaha.. memang hantu rojak la ceQ nih.. xD

Lani.. ceQ xsabaQ nak jumpa kawan2 kedah kat Nilai tu.. ceQ nk amek rojak buah ngan depa..  Lambatnya nak bukak sem baghu.. haha..

Nanti kalau korang nak taw mcm mna ghasa kuah rojak kacang Mak Bee tu, boleh la p carik noh.. ceQ xtaw la negeri laen ada juai ka dak kuah rojak ni.. Kat Kelantan xpenah jumpa lagi.. yang pasti Kedah ada.. hehee~

Rojak Mak Bee memang best!!

Selera penuh tengok mangga ngan rojak ni.. =)


Ok korang.. lagi satu, kalau ceQ tulis loghat kedah ni teruk, maaf la noh.. especially org2 kedah.. haha.. k, babai...

*senyum sokmo*





Wednesday 30 January 2013

Malam Nan Damai

Assalamualaikum..

"Heningnya suasana maya.. 
Ketengangan malam mendamaikan jiwa.. 
Bukti kebesarannya Yang Esa.. 
Yang Maha Kuasa.."

Itulah satu rangkap nasyid yang teramat sesuai bagi menggambarkan suasana malam d kampung halamanku.. jauh dari pencemaran bunyi.. cuma, suara2 cengkerik yang membisik di telingaku dan menemaniku tidur.. AllahuRabbi.. tenang.. damai..

Pada zahirnya, cengkerik ni hanya menjerit dan terus membisik.. hakikatnya ia sedang berzikir memuji Pencipta Yang Maha Hebat!!. SubhanaAllah.. Mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji Allah, kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya..

Alhamdulillah.. inilah ketenangan yang di cari..

Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Hasyr ayat 1 :
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
Semoga kita mengiringi zikrullah bersama dengannya.. InsyaAllah.. =)

Lailah Sa'adah.. Selamat Malam.. *jangan lupa baca doa sebelum tidur..~

Tuesday 29 January 2013

Jom kita kenai2 jom..!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. akhirnya boleh jugak wat blog nie.. Sebenarnya memang dari dulu lagi nak buat blog ni, tapi xpenah kesampaian.. Naseb baek ada sorang kakak yang baik hati a.k.a Nurliyana Adnan tolong.. hehe.. trima kasih kak..

Hurm.. ceQ ni tak dak la suka sangat menulis.. tapi, saja ja nak cuba2.. cuti2 sem cam gini la tangan gatai nak wat tu nk wat nie.. maklum la.. duk kat umah ni ghasa cam anak tunggal ja walaupun ada 5 beradik.. abang kakak smua dah besar.. dah kerja.. dah kawen pon.. oppsss.. sebenaQnya baru 2 org yang kawen.. dua2 abang.. (sorang duk kelantan, sorang duk sabah).. kakak ceQ belum kawen.. kejenye duk mengajaQ d puchong.. Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana... kenai dak..? (nk promote sat..).. ngeee..~ yg abang sorang lagi yg duk belajaQ di UMK tu duk senang lenang p jalan2 kat bandung.. (kalau ang x wat balik ole2, ceQ tibai ang!! ) haha.. so, as a anak bongsu, seriously bored! huhu..

CeQ pon duk stadi lagi.. kat nogori 9.. Alhamdulillah.. lani dah 3 tahun duk sana.. Hangpa smua jangan lupa doa2kan kejayaan ceQ noh..  Semoga kita smua beroleh kejayaan di dunia & akhirat.. InsyaAllah.. aaminnn... =)

Haa... lagi satu, ceQ ni asalnya negeri kelantan.. tapi xtaw awat la mulut ni suka sangat cakap kedah.. kadang2 kalau duk cakap ngan femily kat kampung, terkeluaQ jgk loghat kedah.. huhu.. maybe sebab duk kawan ngan oghang kedah kot.. So, x yah duk pelik la kalau kejap ceQ post kot kedah kejap kot kelantan
noh! hehe..~

So.., setakat ni ceq xtaw lagi nak post pasai apa.. yang ceQ taw, biasanya kalau kita first2 masuk tempat baghu, kita kena kenaikan diri dulu.. dan ceQ ghasa cukup la kot asas2 dia ja (nama & asal).. lepaih ni kalau ceQ ada nk cakap pasai diri ceQ, ceQ post la noh.. xD

Ok la korang.. jumpa lagi.. nak rehat sat.. kul 6 satg nk tolong mak bersihkan halaman ghumah pulak..

ilalliQa'... <3




Template by:

Free Blog Templates