Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
"Hanya kepada-Mu aku memohon segala sesuatu.."
Setiap manusia yang Allah ciptakan takkan pernah terlepas dari ujian, musibah dan masalah. Betul tak? Tipulah sekiranya ada dikalangan makhluk Allah yang mengaku bahawa dia tidak pernah ditimpa ujian.
Ujian akan datang dan pergi.. Ujian itu kadang-kadang bersaiz kecil, kadang-kadang sederhana, dan kadang-kadang jugak ad yang bersaiz besar.. Ia bergantung pada tahap kekentalan hati dan kemampuan seseorang. Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 286:
لاَ يُكَلِّفُ
اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...
Secara realitinya, apabila kita disajikan dengan ujian kehidupan di dunia ini, masih ramai diantara kita yang melenting.. cepat berputus asa.. marah.. kecewa. Pada ketika ini, akan terserlah sifat-sifat mazmumah dalam diri seperti pemarah, sombong, hasad dengki, dendam dan sebagainya. Oleh itu, kita hendaklah mengawal perasaaan dan haruslah menerima ujian ini secara positif dan dengan hati terbukan kerana PERCAYALAH, SETIAP UJIAN PASTI ADA HIKMAHNYA!
Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat sekuliah dan sekelas saya tatkala saya diuji dengan satu ujian yang hampir memutuskan semangat. Dan ingin saya di sini agar kita sama-sama berfikir dan mengambil iktibar.
Kata sahabat saya:
{ UJIAN" diibaratkan seperti "MALAM".. Bila jarum
jam berputar dari 9 ke 10, 10 ke 11, 11 ke 12..., "malam" akan menjadi
semakin gelap, kelam, pekat.. Pada waktu itu, sukar untuk kita menemui
insan yang sanggup bersama dalam kepekatan malam.. Bila jarum jam
melepasi 1 pagi, "malam" itu akan menjadi semakin cerah, cerah, cerah
dan cerah sehingga kita dapat melihat jalan keluarnya... DAN bila subuh
menjelma, akan keluar SINARAN yang amat menenangkan dan menggembirakan
sesiapa jua yang melihatnya.. KETAHUILAH, sinaran itu adalah
KEJAYAAN... }
|
Beruntunglah sesiapa yang mendapat ujian dari-Nya, kerana ini adalah tanda Allah menyayangi kita.. | | |
|
|
|
|
|
|